Tuesday, November 10, 2009

Alhamdulillah.........

Diploma Sains, merupakan satu pentas bagi pelakon2 saintis untuk memainkan watak sementara sebagai persediaan untuk memainkan watak yang sebenarnya bila tiba masanya... Maksud watak yang sebenarnya di sini adalah samada sebagai seorang,Doctor, Saintis, Arkitek, Pendidik, Jururawat, Dentis, Engineer, Archaeology dan apa2 jak watak yang berkaitan dengan Sains...

Saya merupaka salah satu watak dalam drama pementasan itu, kejayaan drama itu bergantung kepada pembawaan watak sementara itu bagi setiap pelakon2 yang terlibat. Tahun ini adalah pengembaraan terakhir dalam sesi pementasan drama saya di UiTM Sabah ini, genap 15/11/2009 saya dan rakan saya akan melalui pengembaraan yang baru (mungkin watak yang berlainan atau sill ngan watak yang sebelum ini tetapi sedikit berbeza dengan pembawaannya).

Tadi adalah script yang kedua terakhir yang telah kami mainkan di atas pentas didalam dewan yang penuh dengan pelakon2. Script untuk pementasan drama untuk hari ini merupakan salah satu script yang agar sukar untuk di sebatikan di dalam diri ini (maksudnya untuk menghafalnya, memahaminya dan sebatikannya dalam jiwa) . Tapi apa2 pun, kami semua dapat melakukannya dengan jayanya walaupun ada sedikit kekuranagn pada persembahan tadi.

Dengan berakhirnya drama pada hari ini, maka sedikit beban dapat dikurangkan... Hanya perkataan "Alhamdulillah" yang menjadi penutup bagi kesudahan bagi drama pementasan tadi. Tetapi masih ada satu script lagi yang kami ada untuk di baca + fahami + hafal + jiwai dengan tujuaan dapat melakonkannya dengan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang pada masa persembahan yang akan datang.

Anyway, sebagai salah sorang pelakon, saya mengambil kesempatan ini untuk wish GOOD LUCK to all of the pelakon2 yang terlibat untuk drama pementasan yang akan datang.. Gambate!!!!

1 comment:

yna_kawaii said...

yeh!yeh! ganbatte-ne!! hopefully da success belong to u,me n all of us!insya Allah...