Dulunya, saya paling tak suka dalam keadaan "BERSENDIRIAAN", sebab saya insan yang takut dengan kesepiaan. Kerana kesepiaan merupakan musuh yang sukar untuk saya elakkan dan mudah untuk memasuki fikiran dan jiwa ini.
Selalunya kawan lah yang menjadi penghalang kesunyiaan itu menghantui diri ini. Thanks to all my FRENS..
Tapi sejak kebelakangan ini, saya selalu bersendiriaan, akan tetapi kesunyiaan itu seakan-akan takut untuk mendekati diri ini.. Apa yang telah berlaku pada diriku?? Ada apa pada diriku sekarang?? Adakah saya cuba untuk melawan perasaan itu?? Adakah hidup ini terlalu sibuk?? Saya rasa tidak.. Saya masih hidup dan menjalankan rutin harian seperti mana yang saya lakukan sebelum ini.. Bau kesepiaan itu mulai tawar pada deria hidu ini, seakan-akan hidung ini tidak mampu untuk menghidu bau kesunyiaan itu. Kawan?? saya mula tidak rasa takut dengan ketiadaan kawan-kawan di sisi.
Saya seakan-akan berubah, saya tidak seperti dulu lagi. Adakah perubahan itu satu kemenangan pada diri ini?? Saya pun tak tahu yang perubahan itu menjadi kemenangan yang kekal atau hanya sementara sahaja pada diri ini. Tapi saya harap ianya kekal sehingga saya dapat mencari teman hidup sehidup semati..